Nov 10
7
Kali ini saya nak bercerita pulak…
Kalau yang biasa dengan MLM, Network Marketing dan yang seumpamanya… mesti pernah dengar cerita macam ni..
So, yang pernah dengar tu cuba ingat balik, yang belum pernah dengar cuba hayati mungkin boleh jadi pengajaran betapa susahnya kita kerja sekarang ini. Kalau ada sedikit kreativiti dan inovasi kita tak le susah sangat..
Di suatu kawasan perkampungan ada 3 orang pemuda bernama Ali, Ahmad & Abu. Air menjadi satu masalah besar kerana penduduk kawasan tersebut tidak memiliki sumber air bersih yang boleh di gunakan untuk keperluan harian. Kalau adapun perigi yang jauhnya hampir 1 km. Jadi, untuk mengambil air tersebut memerlukan masa dan tenaga. Tok penghulu membuat keputusan mengumpulkan semua penduduk untuk membincangkan jalan penyelesaian masalah tersebut.
Akhirnya, keputusan di buat iaitu dengan mengupah sesiapa yang sanggup mengangkut air dari perigi ke tangki air yang di bina berdekatan. Dengan cara ini penduduk lebih mudah mendapatkan bekalan air. Air tidak perlu di angkut dari perigi yang terlalu jauh itu. Ali, Ahmad & Abu sanggup mengangkut air dari perigi ke tangki air sepenuh masa.
3 hari berlalu…
Ali, Ahmad & Abu memperolehi RM180 setiap orang kerana mengambil upah mengangkat air dengan bayaran RM60 sehari.
Seminggu kemudian…
Abu menarik diri kerana terlalu penat mengangkat air setiap hari dan dia sudah mendapat RM420 haya bekerja seminggu. Masa itu RM60 sehari adalah cukup banyak. Penduduk di situ kebanyakannya berpendapatan RM20 sehari dan cukup untuk perbelanjaan sebulan sekeluarga. Abu rasa pendapatannya itu sudah cukup banyak untuk menyara hidupnya sendiri. Manakala Ali dan Ahmad meneruskan pekerjaannya seharian mengangkat air. Abu pula menghabiskan banyak masanya di kedai kopi.
Sebulan selepas itu..
Ahmad cukup puas hati dengan pendapatannya sebanyak RM1,560 sebulan. Sedangkan Ali sentiasa berfikir “bagaimana aku boleh mendapatkan lebih dari jumlah ini sebulan tanpa aku bekerja setiap hari”. Akhirnya, dia (Ali) mendapat satu idea yang baik. Setelah mendapat upah sebanyak RM1,560 Ali pergi ke kedai ‘hardware’ di pekan yang berdekatan. Lalu dia membeli paip air dan segala perkakasan untuk membina “projek paip airnya”. Setibanya di kampung, Ahmad dan sesetengah penduduk kampung mengejek dan ketawa terbahak-bahak melihat perancangan si Ali yang memang mustahil untuk di laksanakan dan tidak masuk akal itu. Ali tidak menghiraukan langsung perbuatan mereka.
Keesokkannya, Ali pun memulakan projek menggali paip airnya seorang diri dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang upah. Hari demi hari paip air Ali semakin besar…
3 bulan kemudian
Setelah 3 bulan berlalu paip air Ali pun siap. Sedangkan Ahmad semakin hari semakin tidak bertenaga, jika dulu dia dapat menggandar 80 timba sehari sekarang hanya 60 timba sahaja. Badan Ahmad kerap sakit-sakit. Ali tersenyum lebar melihat “projek paip air”nya yang sudah siap. Tiba masanya paip air Ali berfungsi dan boleh digunakan penduduk kampung tersebut. Ali mengenakan bayaran RM1 untuk setiap 100 liter yang digunakan. Purata sebulan penggunaan air penduduk kampung itu adalah 360,000 liter ataupun RM3,600 sebulan. Sekarang, Ali sudah memiliki masa yang cukup untuk berehat bersama keluarga dan menikmati kejayaan “Projek paip air” yang diusahakan 3 bulan lalu.
Ok! Sekarang anda boleh pilih samaada menjadi Ali, Ahmad & Abu!
Jika anda menjadi Abu, saya yakin anda mungkin akan bergelar ‘penganggur terhormat’ hari ini dan mungkin akan datang. Jika anda menjadi Ahmad, saya pasti jika anda bekerja ‘makan gaji’ samada di sektor swasta atau kerajaan anda akan terus bekerja dengan taat dan setia sampai bila-bila. Anda akan terus “bekerja untuk wang”. Tetapi, jika anda menjadi Ali, saya jamin satu masa nanti anda akan bergelar seorang ‘jutawan’. Anda akan mengecapi kebebasan kewangan yang tidak terhingga. Anda juga akan memiliki “wang yang sentiasa bekerja untuk anda” walaupun anda sedang tidur.
p/s: Jika ada pembaca yg bernama Ali, Ahmad / Abu sebenarnya nama ini tiada kena-mengena dengan anda. Ia hanyalah watak dalam cerita ini sahaja.
Pengajarannya:
Setiap masalah itu pasti mewujudkan peluang yang akan memberikan keuntungan kepada sesiapa yang ingin merebut peluang itu.
Membina rangkaian adalah satu aspek yang sangat penting untuk membina kekayaan.
Bagaimana Buat Duit Dengan Adsense dengan Cara yang PALING MUDAH dan PANTAS?”