Nov 11
18
Pupuk budaya membaca dari kecil
‘Membaca jambatan ilmu’ mungkin satu perumpamaan yang kerap anda dengar sejak dari bangku sekolah lagi. Tetapi, zahirnya masih ramai lagi antara kita yang kurang membaca bahan-bahan ilmiah. Kalau sebut majalah hiburan dan berita ramai yang membaca bahkan setiap hari. Sedar tak sedar sebenarnya kita jadi seperti apa yang kita baca. Saya tak salahkan berita yang menyampaikan berita jenayah, bencana, buang anak, zina, pesta seks, anak lari dari rumah, bunuh, keldai dadah dan bermacam-macam lagi berita yang negatif. Tapi oleh kerana berita seumpama ini terlalu banyak si pembaca seolah-olah di pukau dan kecenderungan melakukan perkara yang sama di dalam berita mungkin juga terjadi. Apa-apa berita atau akhbar sekalipun tujuan mereka adalah komersial semata-mata. Jadi, untuk melariskan akhbar mereka biasanya akan mengambil berita-berita atau isu-isu yang ‘hot’.
Bangsa yang beilmu dan bertamadun
Bangsa berilmu dan bertamadun adalah bangsa yang sentiasa mengkaji ilmu dan bukan hanya membincangkan perilaku manusia tanpa hujung pangkal. Kegemilangan Tamadun Islam di kaitkan dengan banyaknya cendekiawan Islam di masa itu yang pakar dalam banyak bidang seperti astronomi, perubatan, pembedahan, matematik, sains dan banyak lagi cabang-cabang ilmu di temui waktu itu. Mereka juga kebanyakannya adalah peneraju sesuatu ilmu itu, maksudnya tiada siapa pun yang pernah membincangkan atau mengkaji ilmu yang telah mereka temui itu sebelum ini. Semuanya ini bermula dengan galakan yang hebat tentang wajibnya menuntut ilmu itu sendiri oleh Rasulullah s.a.w.
Bagaimana menggarap semula budaya ilmu ini?
Caranya dengan membanyakkan pembacaan yang berunsur ilmiah lebih dari 70% dan kurangkan pembacaan yang berunsur hiburan dan melekakan semata-mata. Antara sumber-sumber yang saya ingin sarankan di sini seperti
- http://www.wikipedia.com
- http://www.plrmail.com/library
Di mana hendak bermula?
Dari anak atau adik atau cucu kita seawal usia 3 – 5 tahun. Jika dari kecil mereka sudah di sogokkan bahan-bahan yang ilmiah mereka akan terbiasa sehingga ke dewasa. Galakkan juga anak-anak menonton rancangan TV yang berunsur ilmiah seperti Sign of The Creator, Backyard Science, Clever Edisi Malaysia, National Geographic, Animal Planet, Nat Geo Wild dll. Bukan hanya menonton rancangan kartun sahaja. Rancangan2 yg telah saya sebutkan di atas kebanyakannya menyampaikan ilmu sains dan matematik secara santai. Jadi, anak-anak ini boleh menerima dengan mudah dan tidak membosankan.

Bagaimana Buat Duit Dengan Adsense dengan Cara yang PALING MUDAH dan PANTAS?”