Aug 11
27
Selamat Hari Raya… Maaf Zahir & Batin!
Assalamulaikum.. w.b.t
Alhamdulillah.. dah 26 hari masuk ke 27 hari kita puasa di bulan Ramadhan. Maknanya lagi 2 – 3 hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan 1423 Hijrah dan belum tentu kita dapat menempuh Ramadhan 1424 Hijrah. Ramadhan ini awalnya – Rahmat, pertengahannya – Keampunan, akhirnya – Bebas dari api neraka. Harapan saya semoga kita semua dapat rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka ini… InsyaALLAH.. Jadi, kita dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan di samping keredhaan ALLAH.
Sempena Hari Raya Aidifitri yang mulia ini saya sekeluarga ingin memohon ribuan ampun dan maaf, zahir dan batin.. seandainya ada silap dan salah dalam kata-kata di blog saya. Bagi yang balik kampung, yang menempuh jalan jauh dan masa yang panjang pastikan cukup rehat dan memandu dengan baik serta berhemah. Saya doakan sahabat2 selamat sampai ke tempat yang di tuju. Ingatlah orang yang tersayang!
Selamat Hari Raya… Maaf Zahir & Batin!
Ikhlas,
Naqyuddin Noradi
http://www.peluangbuatduit.com – Segalanya Tentang Buat Duit Di Internet
Bagaimana Buat Duit Dengan Adsense dengan Cara yang PALING MUDAH dan PANTAS?”